BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
Baru-baru ini syarikat anda telah merancang untuk menaik taraf dan menggantikan beberapa komputer dengan komputer versi terkini. Andaikan anda seorang pengurus IT syarikat tersebut yang menjalankan perniagaan e-dagang (namakan dan jenis perniagaan e-dagang) yang memerlukan proses transaksi melalui Internet. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat meminta anda untuk mencadangkan komputer terbaik untuk syarikat itu.
Anda dikehendaki mengumpulkan maklumat dan mencadangkan komputer terbaik, sama ada komputer riba, tablet, atau desktop untuk syarikat tersebut. Tuliskan satu kertas cadangan berdasarkan dapatan anda dengan mengambil kira jenis perniagaan syarikat tersebut. Cadangan anda harus mengandungi item berikut:
• Pengenalan
• Komputer manakah yang terbaik yang sesuai untuk syarikat tersebut? Berikan justifikasi- justifikasi anda untuk jenis komputer yang dipilih.
• Kriteria yang harus dipertimbangkan (kelajuan, ketepatan dan konsistensi)
• Perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk komputer tersebut –kenal pasti tujuan penggunaan setiap perkakasan dan perisian
• Kesimpulan
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment