KEJURUTERAAN PERISIAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar dari aktiviti pengumpulan keperluan di dalam perspektif kejuruteraan perisian.
Anda adalah pembangun di Jabatan IT di sebuah universiti. Anda telah ditugaskan kepada satu projek baru, yang diperlukan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
"Kami perlukan satu sistem di mana kami boleh memantau perkembangan setiap pelajar. Sistem ini mestilah dapat menghasilkan laporan mengenai prestasi pelajar mengikut program mereka. Ia juga mesti dapat memberi amaran kepada kami tentang pelajar yang berisiko. Risiko bermakna mereka tidak maju dengan baik, mempunyai PNGK yang rendah untuk beberapa semester, mengambil kurang kursus secara berterusan, dan lain-lain."
Oleh itu, anda dikehendaki mendokumenkan keperluan yang terpilih dalam spesifikasi keperluan. Anda hendaklah menggunakan aktiviti-aktiviti pengumpulan keperluan seperti berikut:
• Menentukan objektif dan skop projek;
• Menghuraikan keperluan reka bentuk perisian;
• Penentusahan dan pengesahsahihan keperluan;
• Menyemak spesifikasi keperluan;
• Pemprototaipan keperluan; dan
• Penggunaan semula keperluan.
1.0 Pengenalan kepada keperluan perisian dengan menyentuh butiran berikut:
Gambaran keseluruhan tentang kejuruteraan perisian
Penerangan tentang kepentingan analisis keperluan.
2.0 Perbincangan mengenai pengumpulan keperluan perisian dengan menyentuh butiran berikut:
• Butiran mengenai projek objektif dan skop
• Hubungkan butiran tersebut dengan senario yang diberikan
3.0 Perbincangan mengenai pengumpulan keperluan perisian dengan menyentuh butiran berikut:
• Butiran mengenai aktiviti penentusahan dan pengesahsahihan keperluan
• Hubungkan butiran tersebut dengan senario yang diberikan
4.0 Perbincangan mengenai pengumpulan keperluan perisian dengan menyentuh butiran berikut:
• Butiran mengenai aktiviti mengkaji spesifikasi keperluan
• Hubungkan butiran tersebut dengan senario yang diberikan
5.0 Perbincangan mengenai pengumpulan keperluan perisian dengan menyentuh butiran berikut:
• Butiran mengenai pemprototaipan keperluan
• Hubungkan butiran tersebut dengan senario yang diberikan
6.0 Perbincangan tentang pengumpulan keperluan perisian dengan menyentuh butiran berikut:
• Butiran mengenai aktiviti penggunaan semula keperluan
• Hubungkan butiran tersebut dengan senario yang diberikan
7.0 Kesimpulan:
• Menyimpulkan kesemua isu utama di dalam tugasan.
• Cadangan untuk amalan-amalan baik tentang analisis keperluan di dalam perspektif kejuruteraan perisian
Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.
Comments
Post a Comment