Komunikasi Perundingan

Tugasan 1 (Reflection Paper) – Individu (10%) 

Untuk tugasan ini, anda perlu menghantar DUA tugasan tiga-mukasurat (5% setiap satu) yang merupakan refleksi daripada pembacaan atau tajuk yang diberikan oleh pensyarah anda. Tajuk-tajuk perbincangan perlu berdasarkan kepada perundingan. Di dalam kertas refleksi tersebut, anda boleh memberikan pandangan, komen, kritik atau cadangan tentang apa yang telah anda baca dan fahami. Pendekatan penulisan adalah bebas. Perlu diingat, respon atau refleksi pembacaan BUKAN RINGKASAN artikel (summary). Tugasan ini tidak boleh melebihi 3 mukasurat (tidak termasuk rujukan, jika ada, dan muka depan). Gunakan format yang bersesuaian (i.e. pengenalan, kandungan dan penutup), Pemberat bagi tugasan ini adalah 5 markah setiap satu. Untuk tugasan ini, anda akan dinilai berdasarkan kepada: a. Pengenalan – 1 markah b. Penilaian/respon/refleksi – 3 markah c. Kesimpulan dan format – 1 markah


Tugasan 2 – Individu – Cabaran Freebie (10%) 

Untuk tujuan ekperimentasi dan pengalaman, setiap pelajar dikehendaki untuk menterjemahkan kemahiran komunikasi perundingan masing-masing dengan mencari vendor menjual barangan yang bersesuaian (makanan – snek untuk minum petang atau barangan), berunding dengan vendor/peniaga tersebut untuk mendapatkan makanan atau apa-apa bentuk "freebies" untuk setiap rakan sekelas anda. Sediakan satu esei (5 mukasurat) menceritakan pengalaman komunikasi perundingan yang anda lalui, dengan mengaitkan pengalaman tersebut dengan apa yang telah anda pelajari (rujuk tajuk-tajuk pembelajaran dalam perancangan kursus) sehingga tarikh anda berunding. Format penulisan seperti yang diperjelaskan dalam Tugasan 1. Untuk tugasan ini, markah penuh adalah 15,berdasarkan kepada: a. b. c. d. e. 4.

Pengenalan – 3 markah Latarbelakang rundingan – 3 markah Pengalaman dan Pengajaran – 5 markah Kesimpulan – 2 markah Format – 2 markah

Tugasan 3 – Kumpulan (40% - 30% untuk penulisan dan 10% untuk pembentangan) 

Bagi tugasan ini, anda perlu bekerja secara berkumpulan. Kaji dan tuliskan satu esei (7 – 10 mukasurat) berdasarkan kajian anda ke atas situasi konflik sebenar yang pernah anda lalui atau situasi konflik yang diperolehi daripada maklumat sekunder seperti media, buku, journal ataupun daripada maklumat primer (i.e. pengalaman seseorang) yang melibatkan temubual anda dengan pihak-pihak terlibat. Aplikasikan konsep-konsep yang telah anda pelajari dan bincang di dalam kelas bagi menjelaskan situasi rundingan yang berlaku. Berikan cadangan bagaimana pihak-pihak yang terlibat boleh mencapai persetujuan/kata sepakat untuk menyelesaikan masalah yang dilalui, bagi mencapai hasil yang lebih baik. Setiap ahli kumpulan akan dinilai secara saksama. Jadi bergantung kepada anda untuk menentukan agihan tugas masing-masing. Perbezaan markah hanya diberikan serkianya terdapat komplen ketidakpuasan hati dari rakan sekumpulan tentang sumbangan yang diberikan. Bagi tugasan ini, anda akan dinilai berdasarkan kriteria berikut: a. b. c. d. e. f.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Ekonomi Politik Malaysia

Latihan Ilmiah

Ideologi Dunia Ketiga