KAEDAH PENYELIDIKAN
BAHAGIAN I (90%)
TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk membina keupayaan pelajar
menyediakan satu cadangan penyelidikan saintifik. Tugasan ini mengandungi dua tugas. Tugasan 1 direka bentuk untuk membina
keupayaan pelajar untuk menulis satu pernyataan masalah berdasarkan fakta-fakta
dan angka-angka sebenar mengenai satu topik penyelidikan spesifik. Berdasarkan topik penyelidikan dan pernyataan
masalah tersebut, pelajar akan belajar membentuk persoalan-persoalan dan
objektif-objektif kajian. Tugasan 2
direka bentuk untuk membina keupayaan pelajar untuk menulis satu ulasan karya
mengenai topik penyelidikan yang dipilih dan membentuk kerangka konseptual, dan
akhir sekali menulis kaedah penyelidikan.
Gabungan dua tugas ini akan menghasilkan satu cadangan penyelidikan yang
baik.
KEPERLUAN
TUGASAN 1
Tahap pertama dalam penyelidikan ialah untuk mengenal
pasti permasalahan atau isu-isu dalam perniagaan dan pengurusan (atau dalam
bidang kajian pelajar) dan menjustifikasikan keperluan penyelidikan. Untuk tujuan itu, anda dikehendaki memilih
satu topik kajian dalam bidang yang anda minati. Kemudian, anda perlu membentuk pernyataan
masalah berkaitan dengan topik yang dipilih.
Untuk memastikan yang masalah yang telah anda kenal pasti wujud dan
ianya signifikan, anda perlu menyokongnya dengan fakta-fakta dan angka-angka
sebenar. Anda juga dikehendaki menentukan persoalan-persoalan dan
objektif-objektif kajian yang sesuai dengan permasalahan kajian. Akhir sekali, anda perlu menerangkan mengapa
pentingnya menjalankan penyelidikan tersebut.
Laporan anda untuk Tugasan 1 perlu merangkumi
perkara-perkara berikut:
1.
Pengenalan
dan Latar Belakang Kajian
2.
Pernyataan
Masalah, Persoalan Kajian dan Objektif-objektif Kajian
3.
Kepentingan
Kajian
TUGASAN 2
Berdasarkan topik pilihan anda dalam Tugasan 1, ulas
beberapa artikel kajian yang relevan dengan topik tersebut dan tuliskan ulasan
karya. Dari ulasan karya, kenal pasti
pemboleh ubah–pemboleh ubah kajian berpotensi dan bentukkan kerangka
konseptual. Akhir sekali, tuliskan
metodologi kajian. Laporan anda untuk
Tugasan 2 perlu merangkumi perkara-perkara berikut:
1.
Ulasan
Karya
2.
Kerangka
Konseptual dan Hipotesis-hipotesis
3.
Metodologi
Kajian
Untuk membimbing anda dalam menyediakan cadangan
penyelidikan tersebut, pastikan anda menjawab soalan-soalan berikut yang
membawa pemberat markah tertentu:
a)
Apakah
latar belakang kajian dan mengapa kajian tersebut signifikan? (12%)
b)
Nyatakan
pernyataan masalah anda dan tuliskan persoalan kajian serta objektif kajian
yang sesuai. (18%)
c)
Ulas
beberapa karya tentang topik yang anda pilih. Berdasarkan karya-karya tersebut,
kenal pasti dan definisikan pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian anda, dan bina
satu kerangka konseptual serta hipotesis-hipotesis yang berkemungkinan. Anda perlu merujuk sekurang-kurangnya LAPAN
(8) artikel penerbitan terkini dalam topik pilihan anda. Gunakan format APA untuk nukilan-nukilan di
dalam teks dan rujukan. (30%)
d)
Cadangkan
satu reka bentuk kajian dan justifikasi anda memilihnya. (15%)
e)
Perincikan
reka bentuk pensampelan anda dan analisis-analisis statistik yang
berkemungkinan anda akan gunakan. (12%)
f)
Senaraikan
semua rujukan anda mengikut format APA. (3%)
Anda
berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja.
Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma
mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya
adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea,
sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk
ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 0145875518
Comments
Post a Comment