PERLAKUAN PENGGUNA

Kajian Kes Mini Perlakuan Pengguna dan Strategi Pemasaran

Setiap kumpulan diminta untuk mengkaji satu syarikat tempatan yang menghadapi cabaran dalam memasarkan produk atau perkhidmatannya. Tugasan ini perlu meliputi beberapa aspek utama dalam pemasaran yang melibatkan perlakuan pengguna. Setiap kumpulan perlu menganalisis dan memberikan cadangan strategi berdasarkan kajian pengguna dan teori-teori perlakuan pengguna yang telah dipelajari.

A. Pengenalan

i. Berikan latar belakang ringkas syarikat yang dipilih.

ii. Nyatakan maklumat perhubungan narasumber (contact/resource person) syarikat yang anda temui/temu bual.

iii. Terangkan tujuan kajian kes dan kerelevanan isu pemasaran yagn dihadapi dalam konteks perlakuan pengguna di Malaysia.

B. Model Pemetakan, Penyasaran dan Peletakan

i. Kaji cara syarikat yang dipilih mengenal pasti dan memetakan segmen penggunanya.

ii. Gunakan model pemetakan, penyasaran, dan peletakan untuk menganalisis pendekatan syarikat terhadap pasaran pengguna.

iii. Kenal pasti segmen pengguna yang disasarkan oleh syarikat.

iv. Analisis strategi penyasaran syarikat dan cara produk mereka diposisikan dalam pasaran.

C. Motivasi dan Personaliti Pengguna

i. Huraikan faktor motivasi yang mendorong pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan syarikat.

ii. Gunakan mana-mana teori motivasi yang anda pelajari untuk menjelaskan faktor yang mempengaruhi pengguna syarikat tersebut.

iii. Analisis cara personaliti pengguna memainkan peranan dalam pilihan pengguna syarikat tersebut.

D. Persepsi Pengguna

i. Kenal pasti faktor-faktor yang membentuk persepsi pengguna.

ii. Bagaimana pengguna melihat produk atau jenama syarikat dari segi kualiti, nilai, atau imej? iii. Gunakan teori persepsi dalam perlakuan pengguna untuk menganalisis impak persepsi ini terhadap pemasaran syarikat.

E. Pembelajaran Pengguna

i. Jelaskan proses pembelajaran pengguna berdasarkan teori pembelajaran yang telah anda pelajari.

ii. Analisis cara pengguna membentuk sikap terhadap produk syarikat melalui pengalaman langsung atau kempen pemasaran.

F. Sikap Pengguna

i. Kenal pasti sikap pengguna terhadap jenama atau produk syarikat.

ii. Gunakan mana-mana teori atau model sikap yang telah anda pelajari untuk menganalisis cara sikap pengguna mempengaruhi keputusan pembelian mereka.

iii. Cadangkan cara untuk mengubah atau mengekalkan sikap pengguna melalui strategi pemasaran yang lebih efektif.

G. Komunikasi Pengguna

i. Bagaimana mesej yang disampaikan melalui media komunikasi yang digunakan oleh syarikat tersebut mempengaruhi keputusan pembelian pengguna?

ii. Lakukan analisis keberkesanan mesej yang disampaikan kepada pengguna melalui media komunikasi yang digunakan oleh syarikat.

iii. Cadangkan penambahbaikan dalam pendekatan komunikasi berdasarkan mana-mana teori atau model yang telah anda pelajari.

H. Kesimpulan dan Cadangan

i. Ringkaskan isu utama yang dihadapi oleh syarikat.

ii. Berikan cadangan strategi pemasaran yang boleh diambil oleh syarikat berdasarkan dapatan kumpulan anda bagi perkara-perkara yang dianalisis seperti di atas.

iii. Bagaimana teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), atau realiti terimbuh (AR) boleh dimanfaatkan dalam penambahbaikan strategi pemasaran syarikat?

Perlukan Bantuan Menyiapkan Tugasan? Kami Sedia Membantu!

Kami faham bahawa tugasan boleh menjadi tekanan, terutamanya apabila anda sibuk dengan komitmen lain. Jika anda merasa kesulitan atau kekurangan masa untuk menyiapkan tugasan, jangan risau, kami di sini untuk membantu.

Soalan yang diberikan dalam tugasan ini biasanya hampir sama setiap semester, dan kami mempunyai pengalaman membantu pelajar menyelesaikan tugasan tersebut. Jika anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk menghubungi kami.

Anda boleh e-mel kami di pjjmalaysia@gmail.com atau mesej melalui WhatsApp di 0145875518 untuk mendapatkan panduan atau bantuan.

Kami di sini untuk memastikan anda dapat menyelesaikan tugasan dengan lancar.

 

Comments

Popular posts from this blog

Geografi Fizikal

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT