KEUSAHAWANAN

A.    Soalan Tugasan.

Anda ingin memulakan satu perniagaan baharu. Sebagai seorang usahawan yang baru memulakan perniagaan, anda perlu mengenalpasti idea dan peluang perniagaan yang akan ditawarkan kepada pengguna. Anda juga perlu membuat analisis persekitaran dalaman dan luaran untuk menilai idea perniagaan anda.

Tugas anda;

1.      Anda perlu menghasilkan satu produk protaip dalam bentuk replika. Anda boleh memilih samaada;

a)      produk kegunaan keluarga.

b)      Produk kegunaan aktiviti luar.

2.      Anda juga perlu menyediakan model canvas perniagaan untuk produk tersebut.

3.      Anda perlu membuat pembentangan model canvas perniagaan berserta produk melalui rakaman video.

4.      Anda perlu menyediakan laporan bertulis tentang idea perniagaan anda

B.     Panduan Tugasan untuk menghasilkan produk protype

1.      Kenalpasti satu produk kegunaan harian atau produk kegunaan remaja yang anda ingin jual di pasaran. Sila elakkan produk berbentuk makanan, pembungkusan atau perkhidmatan.

2.      Hasilkan satu produk prototaip berbentuk replika.

3.      Replika tersebut perlu ditunjukkan sewaktu pembentangan.

4.      Sediakan model kanvas perniagaan untuk produk tersebut

C.    Panduan Laporan (20 %)

Laporan bertulis hendaklah ditaip menggunakan font 12 (Arial). Sebarang rujukan perlu menggunakan format APA dan mempunyai elemen-elemen berikut;

1.      Kenalpasti masalah dan peluang perniagaan yang boleh diwujudkan terhadap produk terpilih.

a)      Kenapa anda memilih produk tersebut?

b)      Apa isu utama terhadap produk sedia ada?

2.      Penilaian kepada peluang perniagaan. Anda perlu menjalankan analisis kebolehlaksanaan perniagaan.

a)      Lakarkan pad Penilaian idea.

b)      Anda juga perlu membuat penilaian terhadap kebolehlaksanaan idea perniagaan berkaitan produk anda kepada yang berikut:

                                                                       i.            Persekitaran makro yang membincangkan idea perniagaan yang dikaitkan dengan;

a)      Sosio budaya

b)      Teknologi

c)      Demografi

                                                                     ii.            Persekitaran Industri

Sebagai usahawan anda perlu kenalpasti persekitaran industri yang berkait dengan produk anda. Anda perlu menjalankan analisis industri dengan menggunakan Model Lima Kuasa dengan mengaitkan dengan perniagaan anda.

a)      Persaingan di kalangan firma dalam industri

b)      Kuasa tawar menawar pembekal

c)      Kuasa tawar menawar pembeli

d)      Ancaman kemasukan baru

e)      Ancaman produk dan perkhidmatan pengganti

                                                                   iii.            Persekitaran Persaingan

ü  Jelaskan siapakah pesaing anda (pesaing langsung atau tidak langsung).

ü   Jelaskan kelebihan persaingan yang syarikat anda miliki

ü  Apakah strategi yang akan digunakan untuk mengatasi pesaing?

                                                                   iv.            Lakarkan analisis SWOT syarikat anda.

3.      Kenalpasti dan jelaskan berserta justifikasi kanvas model perniagaan produk anda yang mempunyai elemen seperti berikut;

                                               i.            Jaringan Utama (key partners)

                                             ii.            Aktiviti utama (Key activities)

                                           iii.            Sumber utama (key resources)

                                           iv.            Penawaran nilai (Value proposition)

                                             v.            Hubungan Pelanggan (Customer relationship)

                                           vi.            Segmen pelanggan (Customer segment)

                                         vii.            Saluran (Channel)

                                       viii.            Penjanaan pendapatan (Revenue stream)

                                           ix.            Struktur kos (cost structure)

4.      Kesimpulan/cadangan

D.    Panduan pembentangan Kanvas model perniagaan (10 %)

                                   i.            Pembentangan anda berbentuk “Sales Pitch”. Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk membentang kanvas model perniagaan.

                                 ii.            Pembentangan perlu dirakam dalam youtube. (cara penghantaran akan diberitahu kemudian)

Tugasan Belum Siap? Jangan Risau, Kami Sedia Membantu!

Adakah anda kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan kerana terlalu sibuk dengan kerja dan komitmen lain? Jangan bimbang! Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh pelajar yang perlu mengimbangi antara kerjaya dan pelajaran. Tugasan mungkin berbeza setiap semester, tetapi kehendaknya biasanya hampir sama. Dengan pengalaman yang kami ada, kami boleh membantu anda memahami tugasan dengan lebih jelas dan menyelesaikannya dengan lebih mudah.

 

Jangan biarkan tekanan akademik membebankan anda! Jika anda memerlukan bantuan atau panduan untuk menyiapkan tugasan, hubungi kami sekarang. Email tajuk tugasan anda ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 014-5875518. Kami sedia membantu anda mencapai kejayaan dengan lebih tenang dan teratur!

Comments

Popular posts from this blog

Geografi Fizikal

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT