PERLAKUAN PENGGUNA
Tajuk Tugasan: Kajian Kes Mini Perlakuan Pengguna dan Strategi Pemasaran
Hasil Pembelajaran Tugasan:
CLO2 (C4): Menganalisis isu atau permasalahan
berkaitan aktiviti pemasaran berdasarkan konsep dan
teori perlakuan pengguna.
CLO3 (A2): Melaporkan hasil tugasan berkaitan
perlakuan pengguna dengan berkesan.
Arahan Tugasan
Setiap kumpulan diminta untuk mengkaji satu
syarikat tempatan yang menghadapi cabaran dalam memasarkan produk atau
perkhidmatannya. Tugasan ini perlu meliputi beberapa aspek utama dalam pemasaran
yang melibatkan perlakuan pengguna. Setiap kumpulan perlu menganalisis dan
memberikan cadangan strategi berdasarkan kajian pengguna dan teori-teori
perlakuan pengguna yang telah dipelajari.
Skop Tugasan
A. Pengenalan
i. Berikan latar belakang ringkas
syarikat yang dipilih.
ii. Nyatakan maklumat perhubungan
narasumber (contact/resource person) syarikat yang anda temui/temu bual.
iii. Terangkan tujuan kajian kes dan
kerelevanan isu pemasaran yagn dihadapi dalam konteks perlakuan pengguna di
Malaysia.
B. Model Pemetakan, Penyasaran dan Peletakan
i. Kaji cara syarikat yang dipilih
mengenal pasti dan memetakan segmen penggunanya.
ii. Gunakan model pemetakan,
penyasaran, dan peletakan untuk menganalisis pendekatan syarikat terhadap
pasaran pengguna.
iii. Kenal pasti segmen pengguna yang
disasarkan oleh syarikat.
iv. Analisis strategi penyasaran
syarikat dan cara produk mereka diposisikan dalam pasaran.
C. Motivasi dan Personaliti Pengguna
i. Huraikan faktor motivasi yang
mendorong pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan syarikat.
ii. Gunakan mana-mana teori motivasi
yang anda pelajari untuk menjelaskan faktor yang mempengaruhi pengguna syarikat
tersebut.
iii. Analisis cara personaliti
pengguna memainkan peranan dalam pilihan pengguna syarikat tersebut.
D. Persepsi Pengguna
i. Kenal pasti faktor-faktor yang
membentuk persepsi pengguna.
ii. Bagaimana pengguna melihat produk
atau jenama syarikat dari segi kualiti, nilai, atau imej?
iii. Gunakan teori persepsi dalam
perlakuan pengguna untuk menganalisis impak persepsi ini terhadap pemasaran
syarikat.
E. Pembelajaran Pengguna
i. Jelaskan proses pembelajaran
pengguna berdasarkan teori pembelajaran yang telah anda pelajari.
ii. Analisis cara pengguna membentuk
sikap terhadap produk syarikat melalui pengalaman langsung atau kempen
pemasaran.
F. Sikap Pengguna
i. Kenal pasti sikap pengguna
terhadap jenama atau produk syarikat.
ii. Gunakan mana-mana teori atau
model sikap yang telah anda pelajari untuk menganalisis cara sikap pengguna
mempengaruhi keputusan pembelian mereka.
iii. Cadangkan cara untuk mengubah
atau mengekalkan sikap pengguna melalui strategi pemasaran yang lebih efektif.
G. Komunikasi Pengguna
i. Bagaimana mesej yang disampaikan
melalui media komunikasi yang digunakan oleh syarikat tersebut mempengaruhi
keputusan pembelian pengguna?
ii. Lakukan analisis keberkesanan
mesej yang disampaikan kepada pengguna melalui media komunikasi yang digunakan
oleh syarikat.
iii. Cadangkan penambahbaikan dalam
pendekatan komunikasi berdasarkan mana-mana teori atau model yang telah anda
pelajari.
H. Kesimpulan dan Cadangan
i. Ringkaskan isu utama yang dihadapi
oleh syarikat.
ii. Berikan cadangan strategi
pemasaran yang boleh diambil oleh syarikat berdasarkan dapatan kumpulan anda
bagi perkara-perkara yang dianalisis seperti di atas.
iii. Bagaimana teknologi terkini
seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), atau reality terimbuh (AR)
boleh dimanfaatkan dalam penambahbaikan strategi pemasaran syarikat?
Tugasan Belum Siap? Kami Sedia Membantu Anda!
Adakah anda terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak
sempat menyiapkan tugasan? Atau mungkin anda sudah buntu mencari idea? Jangan
risau! Kami memahami kesukaran pelajar yang perlu menguruskan masa antara kerjaya
dan pelajaran. Tugasan yang diberikan setiap semester mungkin berbeza, tetapi
kehendaknya masih hampir sama. Kami mempunyai pengalaman dalam menyelesaikan
tugasan seperti ini dan boleh membantu anda memahami serta melengkapkannya
dengan lebih mudah.
Jangan biarkan kesibukan menghalang kejayaan anda!
Jika anda memerlukan panduan atau bantuan dalam menyiapkan tugasan, hubungi
kami sekarang. Email tajuk tugasan anda ke pjjmalaysia@gmail.com
atau WhatsApp ke 014-5875518. Kami di sini untuk membantu anda mencapai
kejayaan akademik dengan lebih tenang dan efisien!
Comments
Post a Comment