PRINSIP PEMASARAN

LAPORAN BERTULIS

Pelajar perlu menghasilkan semula satu PELAN PEMASARAN untuk satu produk atau perkhidmatan yang ada di pasaran tetapi telah berada di peringkat matang (maturity stage) dalam kitaran hayat produk. Produk dipilih mestilah produk sebenar dan daripada syarikat sebenar dalam pasaran (bukan rekaan). Pelan pemasaran tersebut mestilah disediakan dalam bentuk LAPORAN BERTULIS.

KANDUNGAN LAPORAN

Laporan perlu mengandungi elemen-elemen berikut:

1. Pengenalan Syarikat dan Produk

·         Terangkan latar belakang syarikat termasuk sejarah, visi, misi, dan kedudukannya dalam industri.

·         Huraikan produk atau perkhidmatan yang dipilih, termasuk ciri-ciri utama serta pencapaian semasa.

2. Kekurangan Produk

Kenal pasti dan jelaskan kekurangan produk di peringkat matang, contohnya penurunan minat pelanggan, kekurangan inovasi, atau isu persaingan.

3. Strategi 4P (Product, Price, Place, Promotion)

·         Produk: Cadangkan penambahbaikan pada produk untuk mengekalkan daya tarikan.

·         Harga: Nyatakan strategi harga yang sesuai, seperti penurunan harga, diskaun atau pakej istimewa.

·         Pengedaran: Jelaskan saluran pengedaran yang dicadangkan untuk memperluas capaian pasaran.

·         Promosi: Sediakan strategi promosi yang kreatif untuk meningkatkan kesedaran pelanggan, seperti kempen media sosial, kolaborasi, atau acara promosi.

4. Strategi Segmentasi

Kenal pasti dan huraikan segmentasi pasaran sasaran berdasarkan kriteria demografi, psikografi, geografi, atau tingkah laku.

5. Strategi Penyasaran

Tentukan kumpulan sasaran utama bagi produk tersebut, dengan memberi justifikasi mengapa kumpulan tersebut berpotensi menyumbang kepada peningkatan jualan.

6. Strategi Peletakan

Terangkan bagaimana anda ingin memposisikan semula produk dalam minda pelanggan untuk meningkatkan daya saingnya di pasaran.

7. Kesimpulan

Rumuskan keberkesanan pelan pemasaran baharu ini dalam memperkuat kebolehpasaran produk di peringkat matang. Buat kesimpulan mengenai potensi masa depan produk setelah pelaksanaan strategi ini.

VIDEO PROMOSI BERBENTUK ANIMASI

Selain laporan, kumpulan anda perlu menghasilkan satu video promosi animasi yang menarik untuk produk atau perkhidmatan tersebut.

Perlukan Bantuan dengan Tugasan? Kami Ada Solusinya!

Kami faham bahawa menguruskan kerja dan tugasan akademik secara serentak boleh menjadi mencabar. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan kerana kekangan masa atau kekurangan idea, kami sedia membantu.

Berdasarkan pengalaman kami, banyak tugasan yang diberikan setiap semester mempunyai kehendak yang hampir sama, walaupun soalannya mungkin diubah. Kami boleh membimbing anda dalam memahami keperluan tugasan dengan lebih baik.

Hubungi kami untuk perbincangan lanjut:

Email: pjjmalaysia@gmail.com

WhatsApp: 014-5875518

Kami komited untuk membantu anda dengan cara yang profesional dan berkualiti.

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

Models of Teaching and Learning