PRINSIP PEMASARAN

 TUGASAN BERKUMPULAN

Tugasan ini adalah WAJIB dan ia menyumbang 30% daripada keseluruhan markah akhir kursus. Pelajar perlu lulus kedua-dua komponen penilaian Kerja Kursus dan Penilaian Akhir untuk mendapat gred lulus bagi kursus ini. Oleh itu, ia memerlukan komitmen, masa dan juga pemikiran kritis dari setiap pelajar dalam kumpulan yang mesti terlibat secara aktif sepanjang kerja menyiapkan projek termasuk pencarian maklumat, analisis data, penyusunan bahan, penghasilan video dan penulisan laporan akhir.

Tugasan ini bertujuan untuk menguji kemahiran pelajar dalam merangka strategi pemasaran bagi mengekalkan daya saing produk di pasaran dan untuk memperkenalkan elemen kreativiti dalam pemasaran melalui video promosi. Untuk tujuan itu, pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 - 6 ahli untuk menghasilkan satu laporan bertulis dan video promosi. Garis panduan terperinci disenaraikan seperti di bawah:

LAPORAN BERTULIS

Pelajar perlu menghasilkan semula satu PELAN PEMASARAN untuk satu produk atau perkhidmatan yang ada di pasaran tetapi telah berada di peringkat matang (maturity stage) dalam kitaran hayat produk. Produk dipilih mestilah produk sebenar dan daripada syarikat sebenar dalam pasaran (bukan rekaan). Pelan pemasaran tersebut mestilah disediakan dalam bentuk LAPORAN BERTULIS.

KANDUNGAN LAPORAN

Laporan perlu mengandungi elemen-elemen berikut:

1. Pengenalan Syarikat dan Produk

o Terangkan latar belakang syarikat termasuk sejarah, visi, misi, dan kedudukannya dalam industri.

o Huraikan produk atau perkhidmatan yang dipilih, termasuk ciri-ciri utama serta pencapaian semasa.

2. Kekurangan Produk

o Kenal pasti dan jelaskan kekurangan produk di peringkat matang, contohnya penurunan minat pelanggan, kekurangan inovasi, atau isu persaingan.

3. Strategi 4P (Product, Price, Place, Promotion)

o Produk: Cadangkan penambahbaikan pada produk untuk mengekalkan daya tarikan.

o Harga: Nyatakan strategi harga yang sesuai, seperti penurunan harga, diskaun atau

pakej istimewa.

o Pengedaran: Jelaskan saluran pengedaran yang dicadangkan untuk memperluas capaian pasaran.

o Promosi: Sediakan strategi promosi yang kreatif untuk meningkatkan kesedaran pelanggan, seperti kempen media sosial, kolaborasi, atau acara promosi.

4. Strategi Segmentasi

o Kenal pasti dan huraikan segmentasi pasaran sasaran berdasarkan kriteria demografi, psikografi, geografi, atau tingkah laku.

5. Strategi Penyasaran

o Tentukan kumpulan sasaran utama bagi produk tersebut, dengan memberi justifikasi mengapa kumpulan tersebut berpotensi menyumbang kepada peningkatan jualan.

6. Strategi Peletakan

o Terangkan bagaimana anda ingin memposisikan semula produk dalam minda pelanggan untuk meningkatkan daya saingnya di pasaran.

7. Kesimpulan

o Rumuskan keberkesanan pelan pemasaran baharu ini dalam memperkuat kebolehpasaran produk di peringkat matang. Buat kesimpulan mengenai potensi masa depan produk setelah pelaksanaan strategi ini.

PENYEDIAAN LAPORAN BERTULIS

Laporan yang disediakan mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Jumlah muka surat maksimum adalah 20 (tidak termasuk rujukan dan lampiran)

ii. Margin (kiri 1.5, kanan, atas dan bawah 1)

iii. Tulisan (Font) Times New Roman; Saiz 12

iv. Jarak antara baris 1.5

v. Tetapan justify

vi. Nombor muka surat adalah di tengah bahagian bawah

vii. Jadual/Carta diberikan nombor

viii. Petikan/Citation (APA 7)

ix. Rujukan (APA 7)

x. Lampiran di seksyen akhir selepas laporan

VIDEO PROMOSI BERBENTUK ANIMASI

Selain laporan, kumpulan anda perlu menghasilkan satu video promosi animasi yang menarik untuk produk atau perkhidmatan tersebut. Video haruslah:

1. Berdurasi tidak melebihi 6 minit. Perlu diingatkan bahawa, video promosi ini hanyalah untuk tujuan akademik dan pembelajaran di PPPJJ USM sahaja.

2. Mengandungi mesej pemasaran yang jelas dan kreatif yang menyokong strategi pelan pemasaran yang disarankan.

3. Menggunakan unsur animasi yang menarik dan boleh meningkatkan kesedaran (awareness) atau daya tarikan produk dalam kalangan pengguna.

4. Berikan pautan video promosi pada muka surat pertama laporan tugasan iaitu di bahagian selepas nama ahli-ahli dalam kumpulan.

Sudah pening kepala sebab tugasan masih tak siap dan masa pula sibuk dengan kerja? Jangan risau, kami sedia membantu anda!

Sebenarnya, tugasan ini pernah kami siapkan sebelum ini cuma setiap semester mungkin ada sedikit perubahan pada soalan, tapi kehendak dan skopnya tetap sama.

Kalau anda buntu idea, terlalu sibuk sampai tak sempat buat tugasan, boleh terus e-mel tajuk tugasan anda ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 0145875518. Kami sedia bantu anda!

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Geografi Fizikal

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

FINANCIAL MANAGEMENT I PENGURUSAN KEWANGAN I