Hubungan Antarabangsa
ARAHAN
- Tugasan ini dilakukan
secara berkumpulan.
- Setiap kumpulan perlu
mengandungi enam ke tujuh ahli (6-7).
- Setiap kumpulan perlu
memastikan setiap ahli kumpulan memberikan sumbangan yang sewajarnya dalam
menyempurnakan penghasilan tugasan ini.
- Topik dan nama ahli
kumpulan mesti dicetak pada muka depan Tugasan.
SPESIFIKASI TUGASAN
- Tugasan perlu
mengandungi: isi kandungan, pengenalan, teori/konsep, isi, kesimpulan,
bibliografi dan diakhiri dengan senarai nama ahli dengan peranan/tugasan
spesifik.
- Panjang tugasan anda
ialah 25 mukasurat (tidak termasuk lampiran dan bibliografi) menggunakan
font jenis Times New Roman, saiz 12 dan baris jarak langkau (spacing) 1.5.
Bahan rujukan (artikel jurnal, artikel ilmiah dan buku) mesti disenaraikan
di muka surat belakang tugasan anda.
- Gunakan sistem rujukan
yang konsisten. Sistem yang dicadangkan ialah APA.
PERINGATAN
- Tarikh akhir penghantaran
tugasan ialah 29 Mac 2026.
- Tugasan perlu dihantar
secara hard-copy ke pejabat PPPJJ.
- Anda akan diberi markah
‘0’ jika anda didapati melakukan kesalahan plagiarisme, sama ada daripada
platform AI, buku, modul, majalah, surat khabar, laman web internet,
tugasan kawan-kawan atau tugasan pelajar tahun-tahun lepas.
TAJUK TUGASAN
Pilih dan jawab SATU soalan berikut.
- Ketegangan geopolitik di
Indo-Pasifik semakin meningkat apabila China mempertingkatkan aktiviti
penenteraan di Laut China Selatan, manakala Amerika Syarikat memperluaskan
pakatan keselamatan melalui AUKUS dan QUAD. Berdasarkan teori realisme,
jelaskan bagaimana tingkah laku kedua-dua kuasa besar ini mencerminkan
persaingan kuasa dalam sistem antarabangsa yang anarki, serta bagaimana
konsep keseimbangan kuasa dapat menjelaskan tindakan mereka di
Indo-Pasifik. (30 markah)
- Krisis perubahan iklim
global memerlukan kerjasama antarabangsa yang melibatkan negara maju dan
membangun. Berdasarkan teori liberalisme,
jelaskan bagaimana institusi antarabangsa dan kesalingbergantungan ekonomi
mendorong kerjasama global dalam menghadapi isu perubahan iklim. Kemudian,
bincangkan bagaimana pertembungan kepentingan antara negara sering
menggagalkan pelaksanaan komitmen bersama seperti dalam Perjanjian Paris.
(30 markah)
- Konflik Palestin–Israel
bukan sekadar perebutan wilayah tetapi juga pertarungan identiti, sejarah
dan makna kenegaraan yang berbeza antara kedua-dua pihak. Berdasarkan
teori konstruktivisme
sosial, jelaskan bagaimana
faktor identiti, norma dan persepsi membentuk tingkah laku politik
kedua-dua pihak dalam konflik ini, serta reaksi masyarakat antarabangsa
terhadapnya. (30 markah)
- Negara-negara membangun
di Asia dan Afrika semakin terjerat dengan hutang pembangunan akibat
pinjaman antarabangsa dan pelaburan syarikat multinasional. Berdasarkan
teori neo-Marxisme, jelaskan bagaimana struktur kapitalisme global
mencipta ketidaksamaan antara negara maju dan membangun. Kemudian,
bincangkan sama ada BRICS Plus benar-benar mampu mengubah struktur
ketidaksamaan global atau sekadar memperkukuh sistem kapitalisme sedia ada
yang berpusatkan pada kuasa besar. (30 markah)
- Dalam era teknologi
tinggi, Amerika Syarikat mengenakan sekatan eksport cip semikonduktor
kepada China dengan alasan keselamatan nasional. Berdasarkan teori
merkantilisme, jelaskan bagaimana tindakan ini menggambarkan usaha negara
melindungi kepentingan strategik ekonomi melalui kawalan perdagangan, dan
bagaimana keselamatan serta kekayaan saling berkait dalam strategi
nasional. (30 markah)
- Krisis di Ukraine sejak
2022 memperlihatkan keengganan kuasa besar seperti Rusia dan Amerika
Syarikat berkompromi atas isu keselamatan dan pengaruh geopolitik. Dengan
menggunakan teori realisme dan
konsep-konsep seperti kepentingan nasional, keselamatan dan keseimbangan
kuasa, jelaskan mengapa konflik ini berlanjutan dan mengapa keamanan sukar
dicapai di Ukraine. (30 markah)
- Dalam beberapa dekad
kebelakangan ini, ASEAN sering dipuji sebagai model kerjasama serantau
yang berjaya mengelakkan konflik terbuka di Asia Tenggara melalui prinsip
konsensus dan tidak campur tangan. Berdasarkan teori liberalisme institusi,
jelaskan bagaimana ASEAN berfungsi sebagai institusi serantau yang memupuk
kerjasama dan mengurangkan konflik antara negara anggotanya. Dalam konteks
cabaran semasa ini, jelaskan keberkesanan dan kerelevanan mekanisme
institusional ASEAN untuk mengekalkan kestabilan serantau. (30 markah)
Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester.
Namun
kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa
pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa
untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau
WhatsApp ke 014-587 5518
Comments
Post a Comment