Politik Perbandingan
ARAHAN
- Tugasan
ini dilakukan secara berkumpulan.
- Setiap
kumpulan perlu mengandungi enam ke tujuh ahli (6-7).
- Setiap
kumpulan perlu memastikan setiap ahli kumpulan memberikan sumbangan yang
sewajarnya dalam menyempurnakan penghasilan tugasan ini.
- Topik
dan nama ahli kumpulan mesti dicetak pada muka depan Tugasan.
SPESIFIKASI TUGASAN
- Panjang
tugasan anda ialah 25 mukasurat (tidak termasuk lampiran dan bibliografi)
menggunakan font jenis Times New Roman, saiz
12 dan baris jarak langkau 1.5.
- Bahan
rujukan (artikel jurnal, artikel
ilmiah dan buku) disenaraikan di muka surat belakang tugasan
anda. Gunakan sistem rujukan yang konsisten. Sistem yang dicadangkan ialah
APA.
PERINGATAN
- Tarikh akhir penghantaran
tugasan ialah 29 Mac 2026.
- Tugasan
perlu dihantar secara hard-copy ke pejabat PPPJJ.
- Anda
akan diberi markah ‘0’ jika anda didapati melakukan kesalahan plagiarisme,
sama ada daripada platform AI, buku, modul, majalah, surat khabar, laman
web internet, tugasan kawan-kawan atau tugasan pelajar tahun-tahun lepas.
TAJUK TUGASAN
Pilih dan jawab SATU soalan berikut.
- Budaya politik di Amerika
Syarikat sering dikaitkan dengan nilai liberalisme, individualisme dan
persaingan parti, manakala budaya politik di China lebih menekankan
kolektivisme, autoriti negara dan peranan Parti Komunis. Bagaimanakah
budaya politik ini mempengaruhi kestabilan politik, tahap demokrasi dan
hubungan antara kerajaan dengan masyarakat di kedua-dua negara? (30
Markah)
- Rusia sering digambarkan
sebagai sistem satu parti dominan di bawah kawalan United Russia, manakala
Britain pula dikenali dengan sistem dua parti dominan antara Parti
Konservatif dan Parti Buruh. Bagaimanakah kedua-dua bentuk dominasi parti
ini mempengaruhi tahap persaingan politik, keberkesanan institusi
perwakilan dan tahap akauntabiliti kerajaan di kedua-dua negara? (30
Markah)
- Jepun sering digambarkan
sebagai contoh klasik ‘negara pembangunan’ dengan campur tangan negara
yang aktif tetapi berkesan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, manakala
Mexico pula menunjukkan campur tangan negara yang cenderung kepada
‘pembangunan bergantung’ dan rent-seeking. Bagaimanakah
perbezaan dalam bentuk campur tangan negara, struktur politik domestik,
hubungan negara-pasaran, dasar ekonomi dan kecekapan birokrasi ini
mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di kedua-dua
negara? (30 Markah)
Anda
berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan
risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah
buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester.
Namun
kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa
pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa
untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau
WhatsApp ke 014-587 5518
Comments
Post a Comment