GEOGRAFI FIZIKAL

 

KERTAS LAPANGAN

Tajuk Kertas Lapangan (Individu):

Jalankan satu analisis tentang "Analisis Pengaruh Proses Luluhawa dan Hakisan terhadap Bentuk Muka Bumi di Kawasan Tropika". Kajian lapangan anda wajib menekankan aspek-aspek:

1. Penyediaan Kajian Latar Belakang

Mulakan kajian dengan penelitian kepada kajian literatur mengenai konsep asas proses luluhawa dan hakisan. Luluhawa dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu fizikal, kimia, dan biologi, manakala hakisan pula merangkumi hakisan oleh air, angin dan graviti. Dalam konteks kawasan tropika, kedua-dua proses ini memainkan peranan penting dalam membentuk landskap muka bumi. ajian literatur turut menekankan peranan Iklim dan topografi dalam mempercepatkan atau memperlahankan proses tersebut.Bagi menyokong kajian literatur, gunakan pelbagai rujukan akademik. Antaranya termasuklah artikel jurnal berkaitan geomorfologi tropika, buku teks geografi fizikal serta laporan penyelidikan daripada agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kerja Raya. Rujukan ini penting untuk memastikan kajian mempunyai asas teori yang kukuh.

2. Penyelidikan Tapak (Fieldwork)

Penyelidikan lapangan bermula dengan pemilihan lokasi yang sesuai di mana-mana kawasan tropika. Lokasi seperti kawasan pergunungan, lembah sungai, tebing bukit atau kawasan pantai boleh dipilih kerana mempunyai bukti jelas tentang proses luluhawa dan hakisan. Lokasi-lokasi ini dipilih berdasarkan variasi topografi dan keadaan fizikalnya. Di tapak kajian,jalankan pemerhatian dengan mencatat faktor-faktor fizikal seperti suhu, jumlah hujan, bentuk muka bumi serta litupan vegetasi. Pelajar perlu mengenal pasti kesan luluhawa seperti retakan pada batuan, perubahan warna atau serpihan batu yang mereput. Selain itu, kesan hakisan seperti alur air, runtuhan tebing atau pemendapan di dasar lembah juga perlu diperhatikan.

 

3. Analisis Data

Analisis data dilakukan dengan membandingkan ciri-ciri luluhawa dan hakisan yang diperoleh daripada lokasi berbeza. Interpretasi ini membantu menjelaskan bagaimana proses luluhawa dan hakisan berinteraksi dalam membentuk ciri khas muka bumi di kawasan tropika.

4. Penyusunan Laporan Kertas Lapangan

Huraikan di bahagian pengenalan dalam laporan tentang tujuan kajian serta kepentingannya dalam memahami sains bumi khususnya proses fizikal yang berlaku di kawasan tropika. Metodologi pula perlu dihuraikan cara pemilihan lokasi, kaedah pemerhatian lapangan, teknik dokumentasi serta proses analisis data yang dijalankan. Hasil kajian perlu menerangkan dapatan daripada pemerhatian lapangan termasuk gambar, catatan dan sampel yang dikumpulkan. Analisis perlu:menunjukkan bukti-bukti kewujudan proses luluhawa dan hakisan serta kesannya terhadap bentuk muka bumi. Perbincangan pula perlu menekankan hubungan dapatan kajian dengan teori geomorfologi sedia ada. Pelajar perlu membahaskan bagaimana proses luluhawa dan hakisan menyumbang kepada pembentukan bentuk muka bumi tropika serta implikasinya terhadap kestabilan tanah, pembangunan dan risiko bencana. Kesimpulan kemudiannya merumuskan dapatan utama serta menjelaskan perkaitan luluhawa dan hakisan terhadap penghasilan pelbagai landskap di kawasan tropika.

5. Penyediaan Bahan Visual

Laporan juga hendaklah dilengkapkan dengan bahan visual. Peta lokasi kajian perlu disediakan bagi menunjukkan kawasan penyelidikan. Rajah profil muka bumi dan gambar bukti lapangan digunakan untuk memperkukuh hujah. Graf dan jadual pula disediakan bagi memaparkan data berkaitan seperti taburan hujan atau suhu serta perbandingan ciri-ciri tanah dan batuan di lokasi yang berbeza.

Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester.

Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 014-587 5518

 

Comments

Popular posts from this blog

Geografi Fizikal

FINANCIAL MANAGEMENT I PENGURUSAN KEWANGAN I

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT