FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUJUAN

Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan etika dan falsafah dalam konteks kehidupan seharian yang melibatkan kepelbagaian budaya dan agama.

KEPERLUAN

Tugasan 1

Klik dan tonton video muzik berikut:

Video 1:  Lagu 'Malaysia' oleh Faizal Tahir              https://youtu.be/oIDeGj83us8?si=cIMZznJxPjA24e51      

Video 2: Lagu ‘Negaraku’ oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir

https://youtu.be/rwjeh52mQFA?si=dtc8-ntm-huBpcjy    

Berdasarkan video muzik di atas, anda diminta untuk menjawab soalan berikut: 

a. Kenal pasti dan bincangkan DUA nilai falsafah yang terkandung dalam kedua-dua lagu tersebut. Kaitkan nilai-nilai tersebut dengan Falsafah Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti dalam modul Topik 1.

Kemudian, kongsikan SATU situasi sebenar yang pernah anda alami sendiri di tempat kerja atau dalam komuniti masyarakat yang mencerminkan nilai falsafah tersebut.

 

b. Berdasarkan mesej kedua-dua lagu tersebut, bincangkan bagaimana Falsafah Sejahtera (modul, Topik 1) boleh direalisasikan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama?

Kemudian, berdasarkan pengalaman anda sendiri sebagai pekerja atau pelajar atau ahli masyarakat, berikan DUA contoh situasi sebenar yang menggambarkan usaha merealisasikan Falsafah Sejahtera dalam kehidupan seharian anda. Anda perlu mengaitkan kedua-dua contoh dengan Falsafah Sejahtera.

c. Selepas memahami lirik kedua-dua lagu dan menganalisis situasi dalam soalan (a) dan (b), kongsikan perubahan yang anda rasai dalam diri anda terhadap kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia. Jelaskan sama ada pengalaman ini mengubah perasaan, cara anda berfikir atau bertindak terhadap individu yang berbeza agama dan budaya. Kongsikan dengan jujur.

d. Tulis SATU surat tidak rasmi (tidak melebihi 2 muka surat) kepada rakan anda di luar negara (sebenar atau hipotetikal) menceritakan keunikan Malaysia dari sudut Falsafah Rukun Negara dan Falsafah Sejahtera.

Dalam surat tersebut, sertakan:

·       Keunikan Malaysia yang anda banggakan sebagai rakyat

·       SATU pengalaman peribadi yang mencerminkan nilai falsafah tersebut dalam kehidupan seharian anda (sama ada di tempat kerja, masyarakat atau semasa melawat negara lain jika ada)

·       Bagaimana nilai-nilai tersebut membezakan Malaysia daripada negara lain

 

 

Tugasan 2

Anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda dalam bentuk refleksi. Laporan tersebut perlu menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini dengan menggunakan model WHAT → SO WHAT → NOW WHAT seperti berikut:

WHAT (Apa yang berlaku?):

Apakah pengalaman anda semasa menyiapkan Tugasan 1? Huraikan apa yang anda lakukan, pelajari dan alami.

SO WHAT (Apa maknanya?):

Apakah pengajaran dan nilai yang anda peroleh daripada pengalaman tersebut? Bagaimana tugasan ini mengubah pemikiran anda tentang falsafah dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia?

NOW WHAT (Apa tindakan seterusnya?)

Apakah perubahan atau penambahbaikan yang akan anda lakukan dalam kehidupan sebenar anda selepas menyiapkan tugasan ini?

 

Peringatan:

  • Refleksi mesti berdasarkan kesilapan dan pengalaman sendiri, bukan naratif umum.
  • Elakkan penulisan yang bersifat umum.
  • Berikan cadangan penambahbaikan yang spesifik.
  • Refleksi tanpa penilaian kendiri dianggap tidak lengkap.
  • Laporan refleksi tidak melebihi 3 muka surat

Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester.

Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 014-587 5518

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

DISERTASI SAINS POLITIK

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

FINANCIAL MANAGEMENT I PENGURUSAN KEWANGAN I